Monday, October 22, 2012

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN - KKBBM

Pada minggu lepas, Program Elektrik, Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka  (KKBBM) telah menghadiri satu sesi pembentangan bagi program "Train The Trainers" anjuran PIMS/JPK/IRDA bersama pihak Iskandar Malaysia Information Center (IMIC) di Johor Bharu iaitu di ibu pejabat yang terletak di Danga Bay. Kolej Komuniti yang bersama kami dalam sesi pembentangan tersebut adalah dari KK Segamat  dan KK Segamat 2. 

En Azahari tukang ambik gambar

Kami berenam telah terpilih untuk mengetuai pasukan bagi mewakili Program Elektrik untuk membentangkan Sijil Modular Kebangsaan (SMK) yang di jalankan di KKBBM. Perkara yang di nilai dalam sesi pembentangan tersebut antaranya adalah seperti berikut :
  • Kurikulum SMK
  • Bentuk Latihan Kemahiran
  • Pengiktirafan
  • Prasarana/fasiliti Kolej
  • Tenaga Pengajar
  • Bilangan Pelajar

Terdapat 5 panel yang terlibat dalam menilai pembentangan kami iaitu terdiri dari 3 orang pegawai perempuan (sorang minah salleh) dan 2 orang pegawai lelaki.. Ahli panel sesi pembentangan tersebut adalah mewakili Iskandar Malaysia Information Center.

Barisan ahli panel

Sesi pembentangan 

Kami diberi masa lebih kurang 20 minit untuk membentangkan SMK yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Bukit Beruang dan juga Kolej Komuniti seluruh negara iaitu meliputi 20 buah Kolej Komuniti. Dari riak wajah ahli panel mereka berminat dengan SMK yang dilaksanakan di Kolej Komuniti namun mereka lebih berminat jika Kolej Komuniti menjadi pusat pentaulihan seperti dari pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (SKM).

Pembentangan kami kepada ahli panel pada hakikatnya adalah membawa nama seluruh Kolej Komuniti yang melaksanakan SMK bagi Pemasangan Elektrik. Ini juga merupakan satu promosi tentang SMK kepada pihak luar yang masih lagi tidak begitu faham tentang Kolej Komuniti. Berikut adalah bahan slide yang kami bentangkan kepada ahli panel (klik saja imej di bawah) :


Selepaas selesai tugas kami... perjalanan kami diteruskan ke satu destinasi.... Jalan-jalan Cari makan!!! mana lagi... Tentunya ke Batu Pahat. makan nasi beriani Mat Shah. Makan sehingga tinggal tulang... Memang kebulur!!! Siap bawak bekal nak bagi kat orang rumah.... Sayang bini laa katakan....

En Azahari dengan muka kekenyangan..... 



1 comment: