Wednesday, May 22, 2013

NOTA Siri II : Pendawaian Elektrik Satu Fasa

Untuk mendapatkan bahan NOTA 
sila klik imej di bawah...





ISI KANDUNGAN :

4. PENDAWAIAN INDUSTRI    -  M/S 9 - 17


Thursday, May 16, 2013

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERSONEL BINAAN (AKREDITASI) - BUILDING WIRING INSTALLATION

Pada petang semalam, kami dikunjungi oleh pihak ABM Wilayah Selatan yang diwakili oleh Encik Shahid dan dua orang pegawai dari CIDB Melaka iaitu Encik Shari dan Encik Zuhaizad. Perbincangan menjurus kepada 'kolaborasi' di antara pihak Kolej Komuniti Bukit Beruang (Melaka) dan pihak CIDB serta ABM.

Pihak ABM akan bekerjasama dengan pihak Kolej Komuniti dalam menjayakan Program Latihan Kemahiran Personel binaan (Akreditasi) dalam bidang Building Wiring Installation (BWI). Program Akreditasi ini akan di jalankan di KKBBM di mana pelajar-pelajar SMK Pemasangan Elektrik akan menduduki peperiksaan amali selama satu hari.

Program ini di jalankan dengan kerjasama pihak ABM manakala pihak CIDB yang akan mengeluarkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) kepada peserta yang lulus dan mereka layak untuk berdaftar sebagai Pekerja Mahir dengan CIDB.

Pegawai dari ABM Wilayah Selatan dan CIDB Melaka

Syarat permohonan Program Personel (Akreditasi) :
(Khusus untuk pelajar-pelajar Kolej Komuniti)

1. Warganegara Malaysia
2. Sihat tubuh badan
3. Boleh membaca, menulis dan mengira
4. Tamat sekolah Darjah 6/Tingkatan 3
5. Berumur 18 - 55 tahun
6. Memiliki Kad Hijau (Green Card)
7. Memiliki 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan (bagi pelajar Kolej Komuniti digalakkan pelajar yang telah atau sedang mengambil SMK 2 - Pendawaian Pembuluh & Sesalur Fasa Tunggal)


KAD HIJAU (GREEN CARD)

Beberapa langkah berikut boleh membantu:

1. Isi Borang UPP1 dan lengkapkan. Bahagian A (Maklumat Pemohon), E (Maklumat Pewaris) dan F (Pengakuan Pemohon) wajib diisi dengan lengkap. Biarkan kosong kotak No Kad Pendaftaran CIDB dalam Bahagian A.
2. Untuk bahagian D (Maklumat Majikan), boleh diisi dengan meletakkan nama dan alamat Kolej Komuniti 
3. Bahagian H (Pengesahan) boleh dibuat oleh Ketua Program atau KJKK.
2. Tampalkan sekeping gambar di ruang yang disediakan (atas dan kanan).
3. Sertakan permohonan pelajar dengan salinan IC (depan & belakang dalam satu muka surat kertas A4)
5. Duit untuk pendaftaran sebanyak RM 50.00.
6. Borang perlu diserahkan kepada pihak CIDB sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum kursus dijalankan (tarikh kursus boleh berbincang dengan pegawai CIDB yang berhampiran)


Borang UPP1



KEHENDAK-KEHENDAK KESELAMATAN DALAM PEMASANGAN




PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAWASI DALAM KERJA-KERJA PEMASANGAN ELEKTRIK
Tangga – adalah contoh alat untuk sampai ke tempat yang lebih tinggi, ia mestilah sentiasa dalam keadaan baik dan seboleh-bolehnya tidak bercat. Semasa digunakan mestilah disaukkan ke bangunan dengan tali atau rantai atau dicondongkan. Di tempat-tempat licin mestilah disokong oleh penyokong tambahan untuk mengelakkan dari tergelincir atau boleh juga ditegapkan dengan menggunakan tapak yang berada pada jarak 1/3 dari panjang tangga. Pengguna mestilah tahu cara bekerja di atas tangga sebelum ia menggunakannya iaitu dengan menjuntaikan sebelah kakinya di antara anak tangga. Jadi apabila tangga itu mengelongsor ia tidak akan merbahayakan pengguna tersebut.
Litar – sebelum bekerja pastikan litar itu mati. Seberapa yang boleh matikan suis utama dan kuncikan. Seelok-eloknya tanggalkan fius dan simpan atau tutupkan pemutus litar. Bekerja pada litar yang hidup amat merbahaya dan dilarang kecuali di waktu kecemasan dan kerja tersebut dilakukan oleh orang-orang yang berkelayakan sahaja dengan mematuhi langkah-langkah berikut:-
1               Menebatkan dirinya dari menjadi pengalir iaitu dengan menggunakan pakaian      bertebat.
2               Bekerja hanya pada satu litar sahaja.
3               Menggunakan sarung tangan penebat dan berdiri di atas benda bukan logam.
4               Semua alat mestilah kering.

KEHENDAK-KEHENDAK KESELAMATAN DALAM PEMASANGAN
 Secara menyeluruh, keselamatan pemasangan elektrik adalah seperti berikut:-
1)         Pekerja yang menjalankan kerja-kerja elektrik mestilah orang yang berkelayakan dan alat  yang digunakan mestilah dalam keadaan baik dan yang diakui sahaja.
2)     Ujian mestilah dijalankan sebelum dan sesudah tambahan pemasangan baru atau baikpulih dibuat oleh orang yang dipertanggungjawabkan
3)      Pengalir yang digunakan hendaklah sesuai saiznya dan penebatannya supaya tahan dengan voltan, arus dan suhu sekitaran.
4)               Fius dan pemutus litar mestlah sesuai kadar arusnya.
5)               Pembumian di kawasan itu hendaklah berkesan.
6)               Dilindungi dari kekaratan, jika perlu. Tidak ada tambahan litar kecuali mendapat kebenaran.

PERATURAN KESELAMATAN
1  Segala kecederaan atau kemalangan, kejadian nyaris dan penyakit mestilah  dilaporkan kepada pihak pengurusan dengan segera.
2  Jangan sesekali menolak sebarang bantuan pertolongan cemas biarpun bagi kecederaan ringan.
3       Jangan bergurau senda semasa bekerja.
4    Merokok hanya dibenarkan di dalam bilik salinan, pejabat, kantin dan kawasan-kawasan yang dibenarkan.
5     Kasut keselamatan yang dibekalkan mestilah dipakai sepanjang masa bekerja.
6     Pakaian seragam mestilah dipakai sepanjang masa bekerja.
7     Pelindung mata mestilah dipakai setiap masa di kawasan yang di tentukan.
8     Alat pelindung pendengaran mesti dipakai di kawasan yang diwajibkan.
9     Topi keselamatan mesti dipakai di kawasan yang ditentukan.
10 Jangan gunakan udara tekanan tinggi untuk membersih pakaian anda dan jangan menghalakan ke mana-mana bahagian tuduh anda atau pekerja lain.
11  Semua tangga yang tidak dilengkapi dengan tapak getah di kakinya atau tangga yang rosak jangan digunakan.
12  Tidak sesiapapun dibenarkan menjalankan sebarang pekerjaan semasa berada di atas palet yang dinaikkan dengan forklif.
13  Berdiri atau bekerja di atas anak tangga paling atas adalah merbahaya dan dilarang sama sekali. Jangan gunakan tangga dalam keadaan yang kurang selamat.
14  Perancah hendaklah diikat dengan kuat dan kemas: pelantar dan pancak digunakan apabila perlu.
15  Tali pinggang keselamatan, tali penyelamat dan abah-abah hendaklah digunakan dengan betul jika sekiranya tangga tidak boleh digunakan.
16  Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai tangga atau perancah.
17  Berjalan di atas paip dan dulang talian kabel sebagai jalan pintas adalah mer bahaya dan dilarang sama sekali.
18  Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai tangga atau perancah.
19  Jangan menumpang jentera angkat -susun (forklif).
20  Semua kenderaan yang masuk dan bergerak di sekitar kawasan kilang tidak boleh melebihi had laju yang ditetapkan.
21  Jentera angkat-susun hendaklah dipandu dengan cermat iaitu dengan mengambil kira keselamatan rakan sekerja dan mesin.
22  Adalah menjadi tanggungjawab setiap pekerja untuk menentukan segala alat perlindungan diri sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan bersih.
23  Matikan semua suis bekalan kuasa mesin apabila hendak pulang dan mesin itu tidak digunakan lagi.
24  Ketika mengendalikan bahan kimia, pastikan anda memakai alat perlindungan diri, seperti googel kimia, apron, but getah dan sarung tangan dan lain-lain. Gunakan alat pernafasan jika perlu.
25  Meludah dan membuah sampah di dalam kawasan kilang adalah di larang sama sekali. 

Wednesday, May 15, 2013

Projek Pemasangan CCTV Di Bengkel Elektrik

Berikut adalah proses pemasangan CCTV di bengkel elektrik KKBBM yang sempat di rakamkan oleh lenser kamera..... 
Jom TERJAH!!!

LANGKAH 1 : Proses menarik kabel dari kamera ke DVR melalui atas siling

Menarik kabel di atas siling untuk disambungkan ke kamera
Menarik kabel untuk 'Power supply' kamera
Kabel telah direntangkan di atas siling
Proses menarik kabel

Proses menarik kabel untuk disambungkan ke DVR
Proses memasang punca 'power suply' pada kamera
    
LANGKAH 2 : Proses pemasangan kamera pada siling

Proses memasang tapak kamera pada siling
Kamera yang telah siap di pasang, di sambungkan dengan kabel ke DVR
Kamera yang telah siap di pasang
LANGKAH 3 : Proses penyambungan kabel dari kamera ke DVR dan monitor

Proses pengujian pemasangan set CCTV
 Untuk pengetahuan semua, projek pemasangan CCTV di atas dilaksanakan oleh pelajar-pelajar dari kelas SMK 2 Sesi Januari 2013

Pengarah projek :
WAK EMRAN

Pengurus Projek :
AMAN KIKI

Tips untuk membuat sebut harga pemasangan CCTV di rumah kediaman atau pejabat :

1. Tentukan jenis DVR yang hendak digunakan oleh pelanggan (biasanya ia bergantung kepada bilangan panel dan saiz HDD yang digunakan)
2. Tentukan jenis kamera yang hendak digunakan oleh pelanggan (bermacam-macam jenis kamera yang ada dipasaran bergantung kepada kesesuaian tempat yang hendak dipasang)
3. Tentukan jenis monitor yang hendak digunakan oleh pelanggan (jika pelanggan memilih untuk memasang monitor)
4. Setelah semua harga telah ditetapkan berdasarkan pemilihan perkara 1 -3, barulah tetapkan harga upah pasang berdasarkan bilangan kamera yang hendak dipasang. Biasanya penetapan upah pemasangan kamera ini merujuk kepada jarak di antara DVR dan kamera. 

Note :

Biasanya syarikat pemasangan CCTV menyediakan harga pakej pemasangan termasuk dengan kos barangan. Contoh pakej yang disediakan seperti di bawah :


Tuesday, May 14, 2013

NOTA Siri I : Pendawaian Elektrik Satu Fasa

Untuk mendapatkan bahan NOTA 
sila klik imej di bawah...



ISI KANDUNGAN :

1. SISTEM BEKALAN                              - M/S 1

2. ASAS PENDAWAIAN - SATU FASA   -  M/S 2

3. SISTEM PENDAWAIAN DOMESTIK - M/S 3
3.1   Pendawaian Permukaan               m/s 3 - 4
3.2   Pendawaian Kabel Tersembunyi  m/s 5 - 6
3.3   Pendawaian Selongsong PVC        m/s 7


Note :

Nota Pendawaian Elektrik Satu Fasa ini mempunyai 5 siri. Diharap pengunjung blog ini sabar menanti dan teruskan berkunjung ke Blog ini untuk mendapatkan siri-siri nota yang seterusnya...... Tungguuuuuuuuu........

Monday, May 13, 2013

Video - Kemalangan Elektrik Voltan 250K Yang Mengerikan

Kemalangan ini menunjukkan seorang individu terkena renjatan elektrik 250 Kilovolt... Siapa yang lemah jantung, tolong jangan tengok yeee.....