Thursday, May 16, 2013

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERSONEL BINAAN (AKREDITASI) - BUILDING WIRING INSTALLATION

Pada petang semalam, kami dikunjungi oleh pihak ABM Wilayah Selatan yang diwakili oleh Encik Shahid dan dua orang pegawai dari CIDB Melaka iaitu Encik Shari dan Encik Zuhaizad. Perbincangan menjurus kepada 'kolaborasi' di antara pihak Kolej Komuniti Bukit Beruang (Melaka) dan pihak CIDB serta ABM.

Pihak ABM akan bekerjasama dengan pihak Kolej Komuniti dalam menjayakan Program Latihan Kemahiran Personel binaan (Akreditasi) dalam bidang Building Wiring Installation (BWI). Program Akreditasi ini akan di jalankan di KKBBM di mana pelajar-pelajar SMK Pemasangan Elektrik akan menduduki peperiksaan amali selama satu hari.

Program ini di jalankan dengan kerjasama pihak ABM manakala pihak CIDB yang akan mengeluarkan Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) kepada peserta yang lulus dan mereka layak untuk berdaftar sebagai Pekerja Mahir dengan CIDB.

Pegawai dari ABM Wilayah Selatan dan CIDB Melaka

Syarat permohonan Program Personel (Akreditasi) :
(Khusus untuk pelajar-pelajar Kolej Komuniti)

1. Warganegara Malaysia
2. Sihat tubuh badan
3. Boleh membaca, menulis dan mengira
4. Tamat sekolah Darjah 6/Tingkatan 3
5. Berumur 18 - 55 tahun
6. Memiliki Kad Hijau (Green Card)
7. Memiliki 6 bulan pengalaman dalam bidang berkaitan (bagi pelajar Kolej Komuniti digalakkan pelajar yang telah atau sedang mengambil SMK 2 - Pendawaian Pembuluh & Sesalur Fasa Tunggal)


KAD HIJAU (GREEN CARD)

Beberapa langkah berikut boleh membantu:

1. Isi Borang UPP1 dan lengkapkan. Bahagian A (Maklumat Pemohon), E (Maklumat Pewaris) dan F (Pengakuan Pemohon) wajib diisi dengan lengkap. Biarkan kosong kotak No Kad Pendaftaran CIDB dalam Bahagian A.
2. Untuk bahagian D (Maklumat Majikan), boleh diisi dengan meletakkan nama dan alamat Kolej Komuniti 
3. Bahagian H (Pengesahan) boleh dibuat oleh Ketua Program atau KJKK.
2. Tampalkan sekeping gambar di ruang yang disediakan (atas dan kanan).
3. Sertakan permohonan pelajar dengan salinan IC (depan & belakang dalam satu muka surat kertas A4)
5. Duit untuk pendaftaran sebanyak RM 50.00.
6. Borang perlu diserahkan kepada pihak CIDB sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum kursus dijalankan (tarikh kursus boleh berbincang dengan pegawai CIDB yang berhampiran)


Borang UPP1



1 comment:

  1. en.wak saya mohamad syaraf bin mohd hiddir lepasan kolej komuniti (SMK) elektrik
    so saya mcm mana??

    ReplyDelete