Tuesday, October 14, 2014

Padah Ceroboh Bilik Pencawang TNB

Keadaan lelaki yang terbakar 80% akibat ceroboh bilik pencawang TNB

BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki terbakar hampir 80 peratus anggota badannya selepas dia didakwa memasuki bilik pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Penguasa Kanan Bomba Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 1.15 petang di bilik pencawang di bangunan Lee Rubber di Jalan Tun Perak, Bachang di sini.

Menurutnya, semasa anggota bomba dan Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) tiba di lokasi kejadian, kebakaran pada tubuh mangsa sudah dipadamkan.

"Mangsa yang terbakar 80 peratus pada bahagian badan kemudiannya telah dihantar ke Hospital Melaka oleh unit EMRS untuk rawatan," katanya.

Sementara itu, pihak TNB telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian tersebut dan menganggarkan kerugian RM200,000 kerana terpaksa menukar alat suis dan peralatan yang rosak.

Wednesday, September 10, 2014

PROGRAM PERSONEL BINAAN - BWI

BUILDING WIRING INSTALLATION

Kepada para peserta program personnel binaan dalam bidang Building Wiring Installation khususnya kepada pelajar-pelajar KKBBM yang mengikuti program akreditasi, boleh rujuk nota berkaitan sebagai rujukan


UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT
SILA KLIK IMEJ DI BAWAH!!!


Maklumat berkaitan Klik Di SINI

Monday, September 8, 2014

Ducting

PENGENALAN KEPADA PENDAWAIAN SALUR (DUCTING).

Pengenalan Salur :

Sistem pendawaian kebanyakannya digunakan di bangunan-bangunan pejabat dan lain-lain. Salur dipasang dibawah lantai, sebelum lantai disimen, oleh sebab itu salur ini biasanya juga disebut salur bawah lantai. Salur dipasang untuk membawa pengalir litar kuasa, litar talipon, signalling systems dan lain-lain.

Lazimnya salur ini tersembunyi dibawah lantai. Jika dilihat dari atas, sistem ini dipasang seperti sistem grid dalam sesebuah bangunan.

Salur dibuat daripada logam yang terbentuk segiempat bujur memanjang tanpa penutup.

1.    Salur
2.    Kotak simpang 90°
3.    90° elbow
4.    Adjustable elbow
5.    Pemegang salur
6.    offset
7.    Peralatan kerja




Kaedah pemasangan salur

Terdapat juga salur yang berkongsi dengan beberapa sistem perkhidmatan lain seperti perkhidmatan telefon, pemasangan lampu penggera dan sebagainya. Dalam pemasangan ini kotak simpangnya hendaklah berupaya memberi pengasingan litar dengan berkesan. Kesemua kotak simpang berada pada selekoh bengkokan 90°

Ciri-ciri pemilihan

1.    Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
2.    Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak.
3.    Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang
4.    Kemungkinan membuat perubahan kedudukan beban pada masa akan datang.
5.    Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris.
6.    Memerlukan kekemasan dan kecantikan.
7.    Memerlukan perlindungan yang lebih.


Saturday, September 6, 2014

Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah MyCCSkills 2014

Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah MyCCSkills 2014 
Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia
Bidang Pemasangan Elektrik

Dirasmikan oleh :
Puan Saerah binti Abdul Rahim
Timbalan Pengarah
Bahagian Pembangunan Pelajar
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia

SESI LAWATAN TEMPAT PERTANDINGAN





MAJLIS PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH





BARISAN PEMENANG PINGAT

PINGAT EMAS



MOHAMAD NUR HAZZAHAR BIN SAMRA
KOLEJ KOMUNITI SANTUBONG

Pertandingan MyCCSkills 2014 - Hari Kedua

Pertandingan MyCCSKILLS 2014 
Kolej Komuniti KPM
Bidang Elektrik

Sidang Pertama - 4 September 2014

Senarai Peserta Sidang 2


BIL
NAMA
KOLEJ KOMUNITI
1
MUHAMAD KHAIRUL ANNWAR BIN MOHAMAD ISA
ARAU
2
MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD HATA
SEGAMAT 2
3
PUTERA MOHAMAD NAIF BIN AHMAD SAIFUL BAHRI
BUKIT BERUANG
4
MUHAMMAD AMIN BIN IDRIS
KUANTAN
5
SHUKRI BIN MOHD SALIM
BATU PAHAT
6
MUHAMMAD IZWAN BIN ZAKARIAK
KUALA LANGAT
7
MOHAMAD NUR HAZZAHAR BIN SAMRA
SANTUBONG
8
MUHAMMAD ALIF BIN RAHMAN
JELEBU
9
AHMAD FADZLI BIN SAIPUL BAHRI
CHENDROH
10
SYAHRIL NIZAM BIN HAFIZ
BENTONG










Pertandingan MyCCSkills 2014 - Hari Pertama

Pertandingan MyCCSKILLS 2014 
Kolej Komuniti KPM
Bidang Elektrik

Sidang Pertama - 3 September 2014

Senarai Peserta Sidang 1 


BIL
NAMA
KOLEJ KOMUNITI
1
MUHAMMAD ASYRAAF SAFARIS BIN SABRAN
JELEBU
2
MUHAMMAD DANIEL BIN MOHD RAZIF
BATU PAHAT
3
NUR SHAHIERA BINTI JOHARI
SEGAMAT
4
MUHAMMAD FAIZUL BIN SAMSOR
SEGAMAT 2
5
MUHAMMAD KAMARUL AZZRI BIN ARSHAD
BUKIT BERUANG
6
MUHAMMAD NR SHAMEEL BIN MOHD ZAMRI
KUANTAN
7
MUHAMAD RAZLAN BIN ROSNAN
JEMPOL
8
MUHAMMAD FARHAN BIN NOR HASHIM
KUALA LANGAT





Pertandingan MyCCSkills 2014 - Bidang Pemasangan Elektrik

PERTANDINGAN MYCCSKILLS 2014
BIDANG ELECTRICAL INSTALLATIONS
TARIKH : 2-5 SEPTEMBER 2014



Untuk makluman semua... Pertandingan MyCCSKILLS 2014 Kolej Komuniti Bidang Elektrik akan di adakan bermula pada 2 - 5 September.

Kepada semua peserta, jurulatih, pengurus dan juga pegawai pengiring serta semua pensyarah & pelajar-pelajar elektrik khsusnya dijemput hadir ke pertandingan tersebut. 

Bersama-samalah kita menjayakan pertandingan MyCCSKILLS 2014 bidang Elektrik. Dari meja AJK pelaksana mengalu-alukan kehadiran para peserta dengan harapan dan doa semoga beroleh kejayaan.

Tentatif pertandingan :

Hari pertandingan Sidang 1 : 3 Sept 2014 (Rabu)
Hari pertandingan Sidang 2 : 4 Sept 2014 (khamis)
Majlis Penyampaian Hadiah : 5 Sept 2014 (jumaat)


 JAWATANKUASA PERTANDINGAN MYCCSKILLS

1.         PENGERUSI
Abdul Razak bin Sabtu

2.         NAIB PENGERUSI
Sazuan Nazleen binti Mohd Azam

3.         PENYELARAS PROGRAM (PENGERUSI BIDANG)
Md Emran bin Saidi

4.         PEGAWAI TEKNIKAL (KETUA PROGRAM)
Azahari bin Abu

5.         SETIAUSAHA
Hasmaini bin Hashim

6.         PENYELARAS BAHAN,  PERALATAN & PEROLEHAN
Norasid bin Majid

7.         PENYELARAS BENGKEL/ALATAN & DEWAN/PA SISTEM
Aman Zaki bin Mamat (Ketua)
Izhan Rezafy bin Saat
Mohd Fadzmi bin Othman
Md Shahid bin Idris

8.         PENYELARAS BAHAN PERTANDINGAN
Saharizan bin Che Mat (Ketua)
Mohd Jamal bin Abu
Mohd Zaimin bin Ismail
Haslan bin Azis

9.         PENYELARAS JAMUAN
Wan Nor Rafidah binti Wan Abdullah (Ketua)
Norhidayah binti Jamaludin

10.       PENDAFTARAN/SIJIL & HADIAH/CENDERAHATI
Siti Juliana binti Liman
Mohammad Karime bin Manawir

10.       PENGACARA MAJLIS PENUTUP
Mohd Zaimin bin Ismail

11.       PROMOSI DAN FOTOGRAFI
Mohd Mohsin bin Abd Rahim
            Budi Irwan bin Jahaya

12.       PENGURUS PESERTA
Wan Nor Rafidah binti Wan Abdullah

13.       JURULATIH
Mohd Zaimin bin Ismail
Hasmaini binti Hashim

14.       PEMBANTU JURULATIH 
            (Pelajar SMK - Bekas peserta PKKK 2013 & Pra PKM 2014)
Amirul Zanirulhaq bin Abd Aziz

Muhammad Faisal bin Zainudin


Tuesday, August 26, 2014

Projek Pemasangan Cable Tray

OBJEKTIF :

Selepas proses kerja ini pelajar mesti boleh :
1. Mentafsir dan menerangkan simbol, gambarajah susun atur, gambarajah
litar cable tray.
2. Memasang cable tray dan mendawai kabel berperisai.
3. Menguji ketahanan cable tray dan keterusan kabel berperisai.
4. Mengesan kerosakan kabel berperisai.

ARAHAN AM :

1. Pastikan kuantiti alat dan bahan mengikut senarai yang ditetapkan.
2. Pastikan alat dan bahan disediakan sebelum kerja dilakukan.
3. Memastikan alatan dan bahan yang disediakan berfungsi dengan baik dan
selamat untuk digunakan.
4. Keselamatan diri, penggunaan alat dengan betul dan kebersihan kawasan
kerja amat dititik beratkan.
5. Elakkan pembaziran bahan.

1.0 APL1 – MENTAFSIR GAMBARAJAH SUSUN ATUR CABLE TRAY.
1.1 Lukiskan lukisan simbol pada Lampiran 1
1.2 Lukiskan lukisan skematik pada Lampiran 3
1.3 Lukiskan gambarajah litar pendawaian pada Lampiran 4

2.0 APL2 – MEMBENTUK LALUAN PENDAWAIAN MENGGUNAKAN CABLE TRAY
2.1 Merancang laluan cable tray untuk pendawaian pada wiring bay.
2.1.1 Merancang ukuran laluan cable tray
2.1.2 Menanda dan memasang penyokong(L bracket) pada laluan cable
tray mengikut jarak yang bersesuaian.
2.1.3 Memotong dan membengkok cable tray mengikut bentuk laluan.
2.1.4 Mengikat cable tray pada penyokong (L bracket)
2.2 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan sepanjang proses pendawaian
dilakukan.

3.0 APL3 – MERENTANG KABEL
3.1 Menyediakan kabel mengikut ukuran keperluan projek
3.2 Merentangkan kabel berperisai mengikut laluan cable tray yang telah dipasang.
3.3 Mengikat kabel berperisai dengan menggunakan pengikat(cable tie/klip
berlubang).
3.4 Membuat pemasangan cable gland pada kotak DB dan isolator.
3.5 Membuat penyambungan litar pada DB dan isolator.
3.6 Melakukan kerja pemasangan dan kemasan aksesori.
3.7 Rekodkan aktiviti dalam buku log.

4.0 APL4 – MENGUJI PEMASANGAN
4.1 Menguji keteguhan pemasangan cable tray.
4.2 Pengujian
4.2.1 Sebelum bekalan disambungkan;
4.2.1.1 Uji keterusan kabel berperisai.
4.2.1.2 Ujian rintangan penebatan.
4.3 Rekod bacaan ujian dalam borang ujian di Lampiran 5 dan juga dalam buku log

PERLAKSANAAN KERJA-KERJA AMALI 

Proses pemasangan cable glen pada armor cable











Wednesday, August 20, 2014

PENDAWAIAN CABLE TRAY (DULANG)

Pada asalnya sistem ini digunakan untuk menyokong kabel tetapi oleh sebab ia membantu perjalanan pemasangan pendawaian ia juga dikira sebagai satu cara pendawaian.

Sistem ini ialah satu sistem struktur yang teguh/tegar yang digunakan dengan selamat bagi     mengikatkannya atau menyokong kabel serta laluannya

Semasa pemasangan kabel ke atas dulang, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu dulang tersebut hendaklah dipasang dengan kukuh serta kemas agar tidak tertanggal atau tercabut terutama dulang yang dipasang terbalik di atas siling. Bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan dan mengelakkan berlakunya pelelasan terhadap kabel


Antara kegunaan Cable Tray:

v  Ia menyokong kabel dengan cara menghubungkan laluan kabel
v  Satu jambatan ialah struktur memberikan laluan selamat bagi merentasi jarak yang luas/terbuka.
v  Dulang kabel ialah menghubungkan itu membolehkan penghantaran pendawaian yang selamat merentasi jarak yang luas.
v  Maka, dapat disimpulkan bahawa dulang kabel sebagai struktur komponen yang penting terhadap satu sistem yang berkaitan dengan kerja-kerja pendawaian elektrik

Dulang kabel terdapat beberapa jenis iaitu

1.    Perforated Cable Tray (Jenis talam kebel berlubang).
2.    Ladder Cable Tray (Jenis talam kabel bertangga).
3.    Solid Bottom Cable Tray (Jenis talam kabel bawah pejal).
4.    Trough Cable Tray (Jenis talam kabel palung).
5.    Channel Cable Tray (Jenis talam kabel terusan).
6.    Wire Mesh Cable Tray (Jenis talam kabel jaringan wire).


JENIS-JENIS CABLE TRAY DAN KEGUNAAN :

1. Perforated Cable Tray provides:
    1. Dari jenis yang berlubang-lubang.
    2. Membenarkan mengalirkan udara sokongan berterusan untuk kabel-kabel dalam system pendawaian.
    3. Lebar (widths) : 6, 12, 18, 24, 30, & 36 inchi
    4. Kedalaman (depths) : 3, 4, 5, and 6 inchi
    5. Panjang (lengths):10, 12, 20 and 24 kaki
Penggunaan talam kabel berlubang
      
       Cable Tray (Dulang kabel) berlubang adalah salah satu jenis sistem pendawaian seperti sesalur tetapi ia dalam keadaan terbuka (tidak bertutup) dan mempunyi lubang-lubang. Ia diperbuat daripada metal / suitable non-metallic material. Penggunaannya adalah mudah dan senang untuk pemasangan kabel dan kerja-kerja menukar dan mengubah litar.

       System ini biasanya digunakaan dikilang-kilang atau dibangunaan-bangunan sederhana dan besar. Ia digunakan apabila terdapat kabel-kabel yang bersaiz sederhana dan besar serta mempunyai perlindungan mekanikal. Pemasangannya seperti sesalur mempunyai sudut 90° , 45° , offset dan saddles


Contoh pemasangan


Perforated Tray & Accessories
  1. Straight Tray
  2. 90° Horizontal Bend
  3. 90° Vertical Bend Outside
  4. 90° Vertical Bend Inside
  5. Tee Equal / Unequal
6. Cross Equal / Unequal
7. Reducer
8. Reducer Abrupt
9. Partition Channel
10. Coupler Plate