Wednesday, August 20, 2014

PENDAWAIAN CABLE TRAY (DULANG)

Pada asalnya sistem ini digunakan untuk menyokong kabel tetapi oleh sebab ia membantu perjalanan pemasangan pendawaian ia juga dikira sebagai satu cara pendawaian.

Sistem ini ialah satu sistem struktur yang teguh/tegar yang digunakan dengan selamat bagi     mengikatkannya atau menyokong kabel serta laluannya

Semasa pemasangan kabel ke atas dulang, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu dulang tersebut hendaklah dipasang dengan kukuh serta kemas agar tidak tertanggal atau tercabut terutama dulang yang dipasang terbalik di atas siling. Bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan dan mengelakkan berlakunya pelelasan terhadap kabel


Antara kegunaan Cable Tray:

v  Ia menyokong kabel dengan cara menghubungkan laluan kabel
v  Satu jambatan ialah struktur memberikan laluan selamat bagi merentasi jarak yang luas/terbuka.
v  Dulang kabel ialah menghubungkan itu membolehkan penghantaran pendawaian yang selamat merentasi jarak yang luas.
v  Maka, dapat disimpulkan bahawa dulang kabel sebagai struktur komponen yang penting terhadap satu sistem yang berkaitan dengan kerja-kerja pendawaian elektrik

Dulang kabel terdapat beberapa jenis iaitu

1.    Perforated Cable Tray (Jenis talam kebel berlubang).
2.    Ladder Cable Tray (Jenis talam kabel bertangga).
3.    Solid Bottom Cable Tray (Jenis talam kabel bawah pejal).
4.    Trough Cable Tray (Jenis talam kabel palung).
5.    Channel Cable Tray (Jenis talam kabel terusan).
6.    Wire Mesh Cable Tray (Jenis talam kabel jaringan wire).


JENIS-JENIS CABLE TRAY DAN KEGUNAAN :

1. Perforated Cable Tray provides:
    1. Dari jenis yang berlubang-lubang.
    2. Membenarkan mengalirkan udara sokongan berterusan untuk kabel-kabel dalam system pendawaian.
    3. Lebar (widths) : 6, 12, 18, 24, 30, & 36 inchi
    4. Kedalaman (depths) : 3, 4, 5, and 6 inchi
    5. Panjang (lengths):10, 12, 20 and 24 kaki
Penggunaan talam kabel berlubang
      
       Cable Tray (Dulang kabel) berlubang adalah salah satu jenis sistem pendawaian seperti sesalur tetapi ia dalam keadaan terbuka (tidak bertutup) dan mempunyi lubang-lubang. Ia diperbuat daripada metal / suitable non-metallic material. Penggunaannya adalah mudah dan senang untuk pemasangan kabel dan kerja-kerja menukar dan mengubah litar.

       System ini biasanya digunakaan dikilang-kilang atau dibangunaan-bangunan sederhana dan besar. Ia digunakan apabila terdapat kabel-kabel yang bersaiz sederhana dan besar serta mempunyai perlindungan mekanikal. Pemasangannya seperti sesalur mempunyai sudut 90° , 45° , offset dan saddles


Contoh pemasangan


Perforated Tray & Accessories
  1. Straight Tray
  2. 90° Horizontal Bend
  3. 90° Vertical Bend Outside
  4. 90° Vertical Bend Inside
  5. Tee Equal / Unequal
6. Cross Equal / Unequal
7. Reducer
8. Reducer Abrupt
9. Partition Channel
10. Coupler Plate


2.   Ladder Cable Tray:
    1. Dengan perlindungan sebelah tepi yang kukuh dan kekuatan sistem ini juga dengan kelengkapan aksessori yang sesuai dan banyak pilihan mengikut saiz pemasangan.
    2. Mempunyai kekuatan yang maksima pada penggunaan jarak yang panjang.
    3. Lebar (widths): 6,12,18, 24, 30, & 36 inci
    4. Kedalaman (depths) : 3, 4, 5, & 6 inci
    5. Panjang (lengths): 10, 12, 20 & 24 kaki
    6. Luas anak tangga (rung spacing): 6, 9, 12, & 18 inci
Biasanya cabel ladder ini digunakaan dikilang-kilang atau dibangunaan-bangunan besar terdapat kabel-kabel yang bersaiz besar dan mempunyai perlindungan mekanikal digunakan pada jarak sokongan yang panjang antara 12 kaki hingga30 kaki.



3.   Solid Bottom Cable Tray provides:

a.    Tiada sokongan pengedaran udara berterusan untuk kabel-kabel jenis halus serta mudah rosak ini tetapi perlindungan bagi kabel hendaklah diadakan. Ia boleh didapati dari jenis logam dan gentian kaca
b.    Lebar (widths): 6, 12, 18, 24, 30, & 36 inci
c.    Kedalaman (depths): 3, 4, 5, & 6 inci
d.    Panjang (lengths): 10, 12, 20 & 24 kaki

     Dulang kabel yang Dasar dan kukuh adalah biasanya digunakan pada pemasangan elektrikal        
     dengan kadar kepanasan yang minima atau apalikasi telekomunikasi.  Dengan jarak sokongan    
     yang sederhana antara 5 kaki untuk 12 kaki.



4.    Trough Cable Tray provides:

a.    Sistem pengudaraan yang sederhana dengan mempunyai kekerapan sokongan kabel iaitu setiap setiap 4 inci. Boleh didapati dari jenis  logam dan bahan-bahan bukan logam
b.    Lebar (widths): 6, 12, 18, 24, 30, 36 inci
c.    Kedalam (depths): 3, 4, 5, & 6 inci
d.    Panjang (lengths): 10, 12, 20 & 24 kaki
e.    jarak anak tangga (rung spacing): 4 inci

      Trough Cable Tray ini biasanya digunakan pada pemasangan yang mana boleh menjana 
      kepanasan pada tahap sederhana dengan jarak sokongan yang pendek iaitu antara 5 kaki
      hingga 12 kaki.


5.   Channel Cable Tray provides:

a.    Lebar (widths): 3, 4, & 6 inci pada system logam manakala 8 inchi ke atas untuk system bukan logam.
b.    Kedalaman (depths): 1¼-1¾ inci pada system logam dan 1, 1 1/8, 1 5/" & 2 3/16 inci pada system bukan logam.
c.    Panjang (length): 10, 12, 20 & 24 kaki.

Dalam system ini ia sebagai suatu sokongan laluan kabel yang ekonomi dimana digunakan sebagai pecahan daripada laluan kabel utama. 


      6.  Wire Mesh Cable Tray provides:

a.    Sesuaikan digunakan terutamanya untuk voltan rendah, telekomunikasi dan gentian optik kabel-kabel. Sistem-sistem ini biasanya dari jaring dawai keluli, zink bersadur. 
b.    Lebar (widths): 2, 4, 6, 8, 12, 16, 18, 20, & 24 inci
c.    Kedalaman(depths): 1, 2, & 4 inci
d.    Panang (length): 10 kaki (118")

Jaringan Dawai (Wire mesh) biasanya digunakan untuk pengunaan talian telekomunikasi, gentian kaca (fibre optic applications) dan ia dipasang pada jarak yang dekat antara 4 hingga 8 kaki.


CONTOH PROJEK 


PENERANGAN DARI RAJAH DI ATAS :

1.       Solid Bottom Tray
2.       Tray to Box Splice
3.       90° Vertical Outside Bend
4.       90° Vertical Outside Bend
5.       Horizontal Cross
6.       Solid Cover
7.       60° Horizontal Bend
8.       Trough Tray
9.       90° Vertical Outside Bend
10.     45° Vertical Outside Bend
11.     45° Vertical Inside Bend
12.     90° Horizontal Bend
13.     90° Vertical Inside Bend
14.     Ladder Tray
15.     90° Vertical Outside Bend
16.     Horizontal Tee
17.     Barrier Strip
18.     Horizontal Barrier
19.     Reducing Splice
20.     90° Horizontal Bend
21.     Box Connector
22.     90° Vertical Barrier
23.     Channel Tray
24.     90° Vertical Outside Bend



















28 comments:

  1. Kalau nak buat bengkokan dia macam mana ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Kalau nak buat bengkokan dia macam mana ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. Dah knp dgn kau ni?

      Delete
    3. Dah yg beria sgt nak maki ii ni pahal org tanya elok ii kan?

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete