Tuesday, April 21, 2015

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA - PENTAULIAHAN PENCAPAIAN TERDAHULU (SKM-PPT)

Ramai yang bertanya saya berkenaan SKM-PPT dalam pelbagai bidang. Untuk pengetahuan semua saya adalah Pegawai Penilai dalam bidang Juruteknik Elektrik (Tahap 2 & 3) dan Elektronik Industri (Tahap 1-3). 

Dalam entri kali ini saya sertakan  panduan umum untuk mereka yang berminat  mengambil SKM-PPT. Panduan pelaksanaan SKM-PPT ini dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran edisi 2014. Anda boleh memuat turun panduan tersebut menggunakan link yang telah saya sediakan.

Semoga ia dapat membantu kepada mereka yang ingin mengambil SKM melalui kaedah PPT.

A. PANDUAN PELAKSANAAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

1.0 TUJUAN

Panduan Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bertujuan menetapkan peraturan pelaksanaan permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT. Panduan ini hendaklah dibaca bersama Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] dan panduan-panduan berkaitan dengan Persijilan Kemahiran Malaysia yang sedang berkuatkuasa.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1. Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT telah dilancarkan pada 13 September 1996. Kaedah ini memberi peluang kepada pekerja mahir di negara ini untuk mendapatkan pengiktirafan terhadap keterampilan serta pengalaman terdahulu yang mereka miliki;
2.2. Pekerja-pekerja mahir ini yang sememangnya mempunyai kemahiran dan pengalaman tetapi tidak mempunyai sijil tertentu boleh mendapatkan pengiktirafan melalui Persijilan Kemahiran Malaysia di mana mereka boleh dianugerahkan Sijil tanpa perlu mengikuti latihan secara formal; dan
2.3. Pekerja-pekerja mahir ini hanya perlu membuktikan keterampilan yang telah dimiliki atau diperolehi untuk dinilai dan disahkan di samping syarat-syarat lain yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam panduan ini bagi memenuhi keperluan Standard.


Untuk mendapatkan Panduan Pelaksanaan 
Persijilan Kemahiran Malaysia 
Melalui Kaedah PPT klik imej di bawah.....


Untuk keterangan lanjut berkenaan SKM-PPT 
anda boleh klik DI SINI...

1 comment:

  1. salam tuan boleh sy ada soalan nak bertanyakan pd tuan
    1-sy pemegang sijil elektronik industri tahap 1-3
    2-macam mana cara untuk saya dapatkan sijil pw2 @ pw4 melalui kaedah PPT inj memandangkan ada jugak keja saya terlibat dalam bahagian elektrikal..
    terima kasih

    ReplyDelete