Wednesday, December 6, 2017

PEMASANGAN "HOTEL KEY CARD" @ "MAGNETIC KEY"

Hotel key card atau magnetic key boleh diklasifikan juga sebagai medium untuk penjimatan elektrik. Selalunya magnetic key ini di pasang di hotel-hotel dimana pengguna perlu memasukkan kunci pada suis barulah arus elektrik akan disambungkan ke seluruh bilik.

Pada masa sekarang kebanyakan homestay akan melakukan perkara yang sama iaitu dengan memasang hotel key card atau magnetic key ini untuk menghindarkan dari penyewa-penyewa homestay  melakukan pembaziran tenaga elektrik. Pemilik homestay terpaksa membayar bil elektrik yang begitu tinggi setiap bulan kerana kemudahan yang disediakan tidak digunakan secara berhemah seperti penyaman udara tidak dimatikan bila penyewa keluar meninggalkan homestay. Ada juga pemilik homestay terpaksa menaikkan sewa jika perkara itu terus berlaku. Kita juga yang terkena tempiasnya.


Disini saya ingin mengajar cara-cara memasang hotel key card atau megnetic key ini, kerana saya melihatnya sebagai keperluan disetiap homestay. Terdapat banyak jenis hotel key card ini, ada yang menggunakan jenis kad dan jenis magnetic slot, saya mencadangkan jenis magnetic aslot kerana jenis ini tahan lasak, tidak mudah rosak dan penyewa tidak boleh menggunakan benda lain selain magnetic key untuk menghidupkannya.

JENIS MAGNETIC KEY
JENIS KEY CARD


1. Cara pemasangan magnetic key ini cukup mudah, di bahagian belakang suis megnetic key ini sudah ada tanda yang dibuat untuk mengenalpasti kabel-kabel yang hendak dipasang pada suis ini.

Bahagian belakang suis
N (wire) - Untuk sambungan kabel Neutral, boleh dipasang terus dari Neutral Bar
L(out)    -  Untuk disambung pada MCB (boleh rujuk litar pendawaian dibawah)
L(in)      - Sambungan dari Rccb (boleh rujuk litar pendawaian dibawah) 

2. Litar pendawaian Magnetic key


Litar pendawaian


3. Pemasangan yang telah siap



4. Bagi penggunaan beban yang terlalu tinggi, saya mencadangkan penggunaan "contactor" bagi mengurangkan arus terlalu tinggi memasuki suis. Magnetic card suis akan menghidupkan contactor bagi menyambung bekalan dari Rccb ke MCB. Belilah contactor yang dapat slot terus ke dalam DB lagi mudah dan tidak perlu membuat penambahan box untuk meletakkan contactor ini

Jenis contactor yang slot in ke dalam DB
Menggunakan Contactor Biasa

Menggunakan Contactor yang Slot In Ke DB

Wednesday, October 11, 2017

Monday, June 12, 2017

SKM - PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

APA ITU PPT ?

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.

Kaedah ini mula diperkenalkan sebagai salah satu kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia pada 13 September 1996 bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana proses ini dapat membantu individu untuk menilai dan membina pembelajaran yang mereka telah perolehi secara formal atau tidak formal.

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT 
SILA KLIK IMEJ DI BAWAH


UNTUK MUAT TURUN PANDUAN DAN BORANG BERKAITAN PPT 
SILA KLIK IMEJ DI BAWAH 



Thursday, May 4, 2017

Wednesday, May 3, 2017

Tuesday, May 2, 2017

KURSUS "INDUSTRIAL CONTROL SYSTEM USING MyPLC"

TARIKH : 29 - 30 APRIL 2017 
TEMPAT : BENGKEL ELEKTRIK KKBBM
MASA : 8.00 am - 5.00 pm

Tenaga Pengajar:
Pensyarah 1 : En. Mohd Hafiez b Ahmad
Pensyarah 2 : En Md Emran Saidi

TAHNIAH kepada semua peserta Kursus "INDUSTRIAL CONTROL SYSTEM USING MyPLC" kerana berjaya dengan bergaya .... Anda Semua Hebat!!!!
Pembelajaran Sepanjang Hayat ... TIDAK KIRA USIA.. ILMU perlu dicari.. KEMAHIRAN perlu dikuasai...
Ayuhhhh.. JANGAN BERLENGAH LAGI... Tingkatkan kualiti hidup anda dengan menyertai kursus pendek di Kolej Komuniti Bukit Beruang... Hubungi kami di talian 06-2332837 untuk maklumat lanjut...
Apa tunggu lagi..... Sertai kami untuk kursus yang akan datang..... Kursus IOT (Arduino)... pm laju2 pak...🤣😃😃









* Koleksi gambar sepanjang kursus boleh klik di SINI...








SLIDE SHARE : PEMASANGAN CCTV

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT 
SILA KLIK IMEJ DI BAWAH

 

Monday, April 10, 2017

Pelajar maut, kabel elektrik tersangkut di leher

gambar hiasan
IPOH - Seorang pelajar sekolah menengah maut apabila kabel elektrik terjatuh sebelum tersangkut di lehernya ketika sedang membonceng sebuah motosikal, di Kilometer 5, Jalan Bota Kiri-Tanjung Blanja, kira-kira 70 kilometer dari sini, petang tadi.

Nurul Huda Ashira Abdullah, 16, beralamat dari Bota Kanan, maut di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Zainal Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa menaiki motosikal jenis Honda Ex5 yang ditunggangi rakan perempuannya berusia 15 tahun, dalam perjalanan dari arah Parit menghala ke Bota.

"Setibanya di tempat kejadian yang ketika itu hujan lebat, tiba-tiba kabel tiang elektrik di sebelah kiri jalan telah terjatuh.

"Penunggang motosikal berkenaan cuba mengelak tetapi kabel tersebut tersangkut di leher mangsa yang duduk di belakang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zainal berkata, penunggang motosikal berkenaan bagaimanapun mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama



Letak kamera digital di kasut untuk intai wanita


ALOR SETAR - Macam-macam perkara pelik sanggup dilakukan orang untuk melayani nafsu seksual mereka.

Misalnya di sini seorang lelaki berusia 39 tahun dibelasah orang ramai selepas didapati mengintai dalam kain seorang wanita dengan menggunakan kamera digital kecil yang diletakkan pada kasut dan disambungkan terus kepada telefon pintar iPhone 6 miliknya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, kejadian itu berlaku di sebuah Pasar Tani di Jalan Langgar di sini di mana mangsa diintai ketika sedang membeli kuih di sebuah gerai di situ.
"Mangsa tidak menyedari perlakuan tidak senonoh suspek yang meletakkan kakinya ke bawah kain suspek ketika berada berhampiran sebuah gerai menjual kuih sehinggalah dia diberitahu perkara itu oleh orang ramai.

"Orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak memukul suspek selepas mendapati kasutnya mempunyai kamera digital yang boleh merakam video secara langsung yang bersambung dengan iPhone 6 milik suspek," katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang berusia 38 tahun dan menetap di Jitra itu menjelaskan dia yang langsung tidak mengenali suspek lalu membuat laporan polis.  

Suspek yang bekerja sebagai pembantu operasi di sebuah syarikat kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 294 dan 509 Kanun Keseksaan.    

Tidak diketahui sama ada suspek sudah berkahwin atau belum. - Bernama

Catatan : 

Baru semalam selesai melaksanakan kursus pemasangan CCTV .... Ada peserta yang bertanya berkenaan 'Hidden Camera'....Jangan salah guna kecanggihan teknologi terkini..... 

Untuk maklumat berkenaan penjualan pelbagai jenis hidden camera boleh klik di sini..

Sunday, April 9, 2017

KURSUS PEMASANGAN CCTV & NETWORKING

TARIKH              : 8 - 9 APRIL 2017 
TEMPAT             : BENGKEL ELEKTRIK KKBBM 

PENCERAMAH   :
1. MD EMRAN BIN SAIDI
2. AMAN ZAKI BIN MAMAT

TAHNIAH kepada semua peserta Kursus Pemasangan CCTV & Networking kerana berjaya dengan bergaya .... Anda Semua Hebat!!!! 

Pembelajaran Sepanjang Hayat ... TIDAK KIRA USIA.. ILMU perlu dicari.. KEMAHIRAN perlu dikuasai... 

Ayuhhhh.. JANGAN BERLENGAH LAGI... Tingkatkan kualiti hidup anda dengan menyertai kursus pendek di Kolej Komuniti Bukit Beruang... Hubungi kami di talian 06-2332837 untuk maklumat lanjut...

TENTATIF KURSUS :

HARI PERTAMA :

1. Pengenalan CCTV
2. Rehat (Minum pagi)
3. Demo Pemasangan CCTV
4. Persianpan Bahan & Alatan
5. Rehat (Makan tengahari / Solat)
6. Amali Pemasangan CCTV 

HARI KEDUA

1. Pengenalan Networking (CAT5)
2. Pengujian Litar CCTV
3. Penyambungan Sistem Networking
4. Pengujian CCTV & Networking
5. Penutup
6. Penyampaian Sijil
7. Bersurai

PENGENALAN CCTV